Rabu, Ogos 06, 2014

Ketahui Skim Penggantian Bas Sekolah


*Sejumlah  daripada subsidi kini dibuka untuk pengendali -pengendali yang ingin tukar bas lama

kepada bas baru ...berapa banyak jumlah itu di keluarkan tidak ditahui , tetapi ini adalah satu perluang emas kepada rakyat terutama pada kebelakangan ini , kelulusan pinjaman kenderaan sudah ke tahap yang susah dapat kelulusan ..


Ketahui Skim Penggantian Bas Sekolah

Ramai di ANTARA kita terutamanya pemilik BASsekolah tidak mengetahui akan kewujudan skimINI. Skim bantuan ini sebenarnya telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pengumuman Bajet 2013. Ia diperkenalkan bagi meringankan beban pengendali bas sekolah.
Bantuan ini menyasarkan kepada pengendali yang memiliki bas sekolah LAMA yang berusia 25 tahun dengan pemberian rebat sebanyak RM10,000 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman.
Rasanya pembaca sendiri sudah dapat melihat sendiri keadaan bas sekolah yang dinaiki oleh kanak-kanak ke sekolah. Ada diantaranya sudah kelihatan senget sebelah bila bergerak, manakala pemilik bas sekolah pula tutup mata seolah-olah tiada bahaya yang akan berlaku.
Maka dengan terwujudnya Skim Penggantian Bas Sekolah ini diharap dapat menarik minat pengendali bas sekolah menggantikan kenderaan lama mereka kepada yang baharu. Secara tidak langsung mengajak para pengendali bas ini melakukan transformasi dari keadaan bahaya kepada selamat.
Jadi para pengendali bas dinasihat merebut peluang keemasan ini. Skim yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan berkuatkuasa selama dua tahun mulai April 2013 dan akan berterusan sehingga April 2015.

Antara beberapa syarat yang ditetapkan bagi melayakkan penerimaan skim bantuan ini adalah seperti berikut:
SYARAT DAN KELAYAKAN MANDATORI S.P.A.D
Pengendali bas sekolah yang mempunyai lesen dengan S.P.A.D. bagi Semenanjung MALAYSIA dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak.
Pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang telah berusia 25 tahun atau lebih.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON UBAHSYARAT KENDERAAN
  • Salinan lesen pengendali dan lesen kenderaan.
  • Penyata kewangan yang terkini.
  • Sebut harga kenderaan baru.
  • Lain-lain dokumen jika diperlukan oleh S.P.A.D./LPKP.
BAS SEKOLAH BARU YANG DIBENARKAN
Bas (12 – 44 tempat duduk).
SYARAT & KELAYAKAN MANDATORI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • TIDAK Bankrap
  • TIDAK mempunyai rekod jenayah
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang SAH
  • Mempunyai Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti
  • Kenderaan yang sah
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN BSN
  • Borang permohonan yang telah ditandatangani
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan lesen memandu yang sah
  • Salinan lesen pengendali yang sah
  • Salinan Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti Kenderaan yang sah
  • Salinan Daftar Perniagaan yang sah
  • 6 bulan salinan penyata Akaun / buku akaun simpanan; atau Penyata TABUNG HAJI; atau Buku ASB / ASN / ASW
  • Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN
TEMPOH PINJAMAN
  • Minima : 3 tahun
  • Maksima : 9 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan