Rabu, Ogos 06, 2014

Ketahui Skim Penggantian Bas Sekolah


*Sejumlah  daripada subsidi kini dibuka untuk pengendali -pengendali yang ingin tukar bas lama

kepada bas baru ...berapa banyak jumlah itu di keluarkan tidak ditahui , tetapi ini adalah satu perluang emas kepada rakyat terutama pada kebelakangan ini , kelulusan pinjaman kenderaan sudah ke tahap yang susah dapat kelulusan ..


Ketahui Skim Penggantian Bas Sekolah

Ramai di ANTARA kita terutamanya pemilik BASsekolah tidak mengetahui akan kewujudan skimINI. Skim bantuan ini sebenarnya telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pengumuman Bajet 2013. Ia diperkenalkan bagi meringankan beban pengendali bas sekolah.
Bantuan ini menyasarkan kepada pengendali yang memiliki bas sekolah LAMA yang berusia 25 tahun dengan pemberian rebat sebanyak RM10,000 dan bayaran kadar faedah tetap 2% ke atas pinjaman.
Rasanya pembaca sendiri sudah dapat melihat sendiri keadaan bas sekolah yang dinaiki oleh kanak-kanak ke sekolah. Ada diantaranya sudah kelihatan senget sebelah bila bergerak, manakala pemilik bas sekolah pula tutup mata seolah-olah tiada bahaya yang akan berlaku.
Maka dengan terwujudnya Skim Penggantian Bas Sekolah ini diharap dapat menarik minat pengendali bas sekolah menggantikan kenderaan lama mereka kepada yang baharu. Secara tidak langsung mengajak para pengendali bas ini melakukan transformasi dari keadaan bahaya kepada selamat.
Jadi para pengendali bas dinasihat merebut peluang keemasan ini. Skim yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan berkuatkuasa selama dua tahun mulai April 2013 dan akan berterusan sehingga April 2015.

Antara beberapa syarat yang ditetapkan bagi melayakkan penerimaan skim bantuan ini adalah seperti berikut:
SYARAT DAN KELAYAKAN MANDATORI S.P.A.D
Pengendali bas sekolah yang mempunyai lesen dengan S.P.A.D. bagi Semenanjung MALAYSIA dan LPKP bagi Sabah dan Sarawak.
Pengendali bas sekolah yang memiliki bas sekolah yang telah berusia 25 tahun atau lebih.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON UBAHSYARAT KENDERAAN
  • Salinan lesen pengendali dan lesen kenderaan.
  • Penyata kewangan yang terkini.
  • Sebut harga kenderaan baru.
  • Lain-lain dokumen jika diperlukan oleh S.P.A.D./LPKP.
BAS SEKOLAH BARU YANG DIBENARKAN
Bas (12 – 44 tempat duduk).
SYARAT & KELAYAKAN MANDATORI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • TIDAK Bankrap
  • TIDAK mempunyai rekod jenayah
  • Mempunyai pendaftaran perniagaan yang SAH
  • Mempunyai Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti
  • Kenderaan yang sah
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PINJAMAN BSN
  • Borang permohonan yang telah ditandatangani
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan lesen memandu yang sah
  • Salinan lesen pengendali yang sah
  • Salinan Surat Kelulusan (SK) / SK Tukar Ganti Kenderaan yang sah
  • Salinan Daftar Perniagaan yang sah
  • 6 bulan salinan penyata Akaun / buku akaun simpanan; atau Penyata TABUNG HAJI; atau Buku ASB / ASN / ASW
  • Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN
TEMPOH PINJAMAN
  • Minima : 3 tahun
  • Maksima : 9 tahun

Skim Penggantian Bas Sekolah S.P.A.D.


Skim Penggantian Bas Sekolah S.P.A.D.( Pemilik Bas Sekolah lama usia lebih daripada 25 tahun )
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan Skim Penggantian Bas Sekolah S.P.A.D. yang telah mula beroperasi pada 22 April 2013. Skim ini terbuka kepada pengendali yang berdaftar dengan S.P.A.D. (Semenanjung) atau LPKP (Sabah & Sarawak) yang memiliki bas sekolah berusia 25 tahun atau lebih sahaja. Melalui skim ini, pengendali akan diberi bantuan rebet sebanyak RM 10,000, pembayaran kadar faedah tetap 2% dan tempoh pinjaman maksima 9 tahun untuk pembelian bas sekolah baru yang berkapasiti 12 hingga 44 tempat duduk.
Permohonan untuk mendapatkan skim ini boleh dibuat di pejabat cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Pemohon perlu mengemukakan surat kelulusan (ubahsyarat kenderaan) dari S.P.A.D., salinan lesen pengendali, salinan lesen PSV, salinan daftar perniagaan dan lain-lain dokumen sekiranya diperlukan oleh pihak BSN. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim ini, sila layari laman web www.spad.gov.my atauwww.mybsn.com.my. Dengan adanya skim ini, ianya diharap dapat membantu mengurangkan beban pengendali bas sekolah disamping murid-murid sekolah berasa lebih selesa dan selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang sah


Oleh kerana sambutan yang kurang memuaskan , sejumlah subsidi kini terbuka kepada pengendali bas sekolah yang ingin menukar bas terpakai lama ke Bas sekolah baru , sejumlah itu hanya utuk berapa permohonan  kita tidak dapat tahui tetapi ini adalah satu perluang emas kepada rakyat ,terutama pada kebelakangan ini permohonan pinjaman di bank amat susah , harap perluang ini di hargai dan ditimbang oleh pengendali pengendali bas sekolah ..


Sabtu, November 30, 2013

SAFETY FEATURE FOR ERA JIN BEI 2.8L

Strenghtened Body Structure

  • Front Design is made of high tension steel plate with corrugated cross-section structure
  • Special strengthen body structure
  • Front dual-strenghtened steel, forming one of the double front door without welding



ABS-EBD Braking system

  • Double-loop independent integral braking system-electronic ABS-EBD keeps your drive more safe
ABS and EBD

ECE-R 66 (TUV Test Compliance)