Skim Penggantian Bas Sekolah S.P.A.D.( Pemilik Bas Sekolah lama usia lebih daripada 25 tahun )
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan Skim Penggantian Bas Sekolah S.P.A.D. yang telah mula beroperasi pada 22 April 2013. Skim ini terbuka kepada pengendali yang berdaftar dengan S.P.A.D. (Semenanjung) atau LPKP (Sabah & Sarawak) yang memiliki bas sekolah berusia 25 tahun atau lebih sahaja. Melalui skim ini, pengendali akan diberi bantuan rebet sebanyak RM 10,000, pembayaran kadar faedah tetap 2% dan tempoh pinjaman maksima 9 tahun untuk pembelian bas sekolah baru yang berkapasiti 12 hingga 44 tempat duduk.
Permohonan untuk mendapatkan skim ini boleh dibuat di pejabat cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara. Pemohon perlu mengemukakan surat kelulusan (ubahsyarat kenderaan) dari S.P.A.D., salinan lesen pengendali, salinan lesen PSV, salinan daftar perniagaan dan lain-lain dokumen sekiranya diperlukan oleh pihak BSN. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang skim ini, sila layari laman web www.spad.gov.my atauwww.mybsn.com.my. Dengan adanya skim ini, ianya diharap dapat membantu mengurangkan beban pengendali bas sekolah disamping murid-murid sekolah berasa lebih selesa dan selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang sah
Oleh kerana sambutan yang kurang memuaskan , sejumlah subsidi kini terbuka kepada pengendali bas sekolah yang ingin menukar bas terpakai lama ke Bas sekolah baru , sejumlah itu hanya utuk berapa permohonan kita tidak dapat tahui tetapi ini adalah satu perluang emas kepada rakyat ,terutama pada kebelakangan ini permohonan pinjaman di bank amat susah , harap perluang ini di hargai dan ditimbang oleh pengendali pengendali bas sekolah ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan